Pandemik Covid-19
Sudah dua tahun negara kita dilanda Pandemik Covid-19. Kerana pandemik kita dilanda macam-macam masalah yang tidak dijangka seperti hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan dan sebagainya. Pelbagai perkara yang tidak dijangkau akal dan bukan kuasa kita pun. Tapi kerana Covid-19 lah kita semua dapat bersama iaitu bersama keluarga, bersama suami/isteri dan bersama orang kita sayangi. Covid-19 mengajar kita supaya lebih sayang pada diri sendiri malah mengajar kita supaya jadi lebih berhati-hati. Siapa sangka wabak yang sebesar ini mampu melupuskan ekonomi seluruh negara. Semua yang terjadi adalah dengan kuasa Allah s.w.t. Siapa kita nak melawan kuasa Allah? Kita hanyalah umat yang kerdil. Sungguh besar kuasa Allah yang tiada siapa mampu melawannya. Allahu akbar!
Ingatlah diri kita bahawa hidup ini hanyalah sementara bahawa kematian yang akan menguasai kita suatu hari nanti. Sentiasalah beringat mati kerana mati itu pasti. Aku rasa bersyukur kerana setiap kali aku mengingati mati pasti akan ada rasa kekesalan dalam diri aku untuk mengerjakan solat. Allah ada sebut dalam al-quran bahawa "Segeralah kamu mengerjakan solat setelah berkumandang azan." Allah menyeru umat-Nya untuk mengerjakan perkara yang paling mulia di sisi Allah. Semoga kita terus mengaajak diri kita ke arah kebaikan. InsyaAllah.
Setakat ini sahaja nukilan saya hari ini. Semoga perkara yang baik-baik sahaja yang kita lakukan. Yang baik datang dari Allah dan yang kurang baik datang dari diri saya sendiri. Terima Kasih :)
Comments
Post a Comment